Saturday, October 9, 2010

BETOI KA LIM GUAN ENG PERWIRA PENANG?

Alahai murninya hati pemimpin kita yang satu nie kan.Elok-elok bagi duit sekarang dah keluar isu wang haram! Pecah la tembelang dia bila dah ramai bising-bising pasal isu duit haram nie kan...
Walau Guan Eng tak mengaku tapi kita dah tau dah muslihat dia.Nak bukti apa lagi sat cek bukti dia na...

Tidak mahu wang haram diberi kepada Muslim: Nasruddin/ MERUJUK KEPADA UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR: PAS mahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, memberi penjelasan sewajarnya kepada rakyat berhubung dakwaan kerajaan negeri itu menggunakan wang hasil judi bagi membantu golongan miskin.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan, bagaimanapun menegaskan parti itu tetap berpegang kepada prinsip bahawa wang hasil judi berkenaan tidak boleh digunakan bagi membantu umat Islam.
“Memang diakui oleh Ketua Menteri (Lim Guan Eng) bahawa ada hasil judi, tetapi sudah diasingkan untuk membantu masyarakat bukan Muslim di negeri itu. Sehingga kini kita berpuas hati dengan penjelasan itu.

“Bagaimanapun, PAS tidak mahu hasil wang haram itu disuap kepada umat Islam dan itu sememangnya menjadi prinsip PAS. Hasil haram itu kena asingkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merecan, mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan perlumbaan kuda di negeri itu.
Sah-sah Pas pun tak bersetuju dengan dakyah-dakyah mengarut daripada Ketua Menteri Glamor nie.Duit haram tetap duit haram la ooi! Tak reti-reti bahasa ka ooi.
Nak cakap macam mana lagi nak bagi faham orang kita nie.Dah berbuih-buih mulut cek habaq tapi tetap tak percaya jugak no.Nak bagi bukti lagi ka...
PETALING JAYA: Ketua Menteri, Lim Guan Eng akhirnya mengesahkan bahawa kerajaan negeri menggunakan dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.
Kenyataan terbaru itu dilihat bertentangan dengan penjelasannya sebelum ini yang menafikan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang judi bagi pemberian wang ihsan kepada rakyat.Merujuk kepada Pisau.net.
Kebajikan yang ditagih tapi pembohongan yang kita terima.Majlis penyerahan Wang Ehsan Buat Warga Emas di Pulau Pinang tetapi mengunakan sumber yang tidak halal oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Kekecewaan, tertipu dan marah, itulah yang diluahkan oleh golongan warga emas dan fakir miskin apabila berasa maruah mereka menjadi taruhan dan alat politik pembohongan kerajaan negeri Pulau Pinang. Warga Mas menyerahkan kembali wang yang diberi oleh kerajaan negeri kerana tidak mahu bersubahat kerana ada unsur judi di dalam pemberian bantuan program membasmi kemiskinan dan termasuklah pemberian wang ehsan, ini berikut pembohongan Guan Eng yang pada pulanya dinafikan sekeras-kerasnya.

Malah ada di antara mereka turut melahirkan rasa tertipu dan marah apabila menyedari Guan Eng sendiri mengaku menerima sumbangan unsur judi daripada Kelab Lumba Kuda. Mereka turut mahu menyerahkan kembali wang sumbangan yang diberi oleh kerajaan negeri kerana tidak dapat menerima pembohongan yang dilakukan terang terangan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng.
Dah terang lagi bersuluh jadi tak payah bohong la kat cek no.Nasihat cek untuk semua blogger 'LU PIKIQ LA SENDIRI'.

1 comment:

  1. perwira apa belum pergi berperang dah jatuh tersungkur...

    ReplyDelete