Saturday, October 9, 2010

TARIF AIR NAIK PULAK DAH!

Lepas satu masalah, satu masalah pulak timbul.Cek tak tau la nak habaq mai lagu mana dah!DAP DAN LIM GUAN ENG SELALU BIKIN PANAS JE...
Tarif air naik memang bagi masalah besaq kat warga Pulau Mutiara nie.Konon-kononnya warga Pulau Mutiara nie suka membazir.
Tapi cek memang sekeras-kerasnya tak setuju dengan dakyah palsu. penggunaan air pada tahun 2009 adalah lebih rendah daripada tahun 2008 dan Lim Guan Eng menggunakan angka tahun 2008 untuk menghukum rakyat Pulau Pinang. Beliau tidak berterus terang dan tidak menyebut langsung tentang turunnya pengunaan air pada tahun 2009.Sudah-sudah la DAP ooi suka bagi pening dan kelirukan orang ramai.
Kemusykilannya ialah walau pun kewangan PBA tahun 2008 - 2009 (semenjak Lim Guan Eng DAP mengambil alih) menunjukkan keuntungan yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini, pengurusan PBA yang diketuai oleh beliau masih mahu menaikkan elaun board of directors!
Sebab tu la cek rasa tak adil buat rakyat Pulau Mutiara yang tercinta nie menerima tamparan hebat akibat menutup aib dan cela kat diri sendiri.Nie memang kes tutup lubang gali lubang la nie.Ha! satu lagi cek nak bagi tau apa kes pulak kewujudan Mat Sabu AJK PAS Pusat di dalam senarai Board of Directors (BOD). Siapa dia ni ?Apa kelayakan beliau?
Entah la lepas satu bala tambah pulak satu bala.Kalau seorang ja yang merana tak pa la nie semua warga Penang kena tanggung akibat dari semua tindakan yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.
Jelaslah kepentingan individu memelebihi kepentingan rakyat.Lepas nie tak tau la apa bala lagi yang kena kat warga Pulau Mutira nie.

No comments:

Post a Comment