Friday, October 8, 2010



Siri Dedah : Lim Guan Eng Akan Dimalukan Sekali Lagi?
0 komentar
Labels: Lim Guan Eng
Oleh MIM TEAM

Lim Guan Eng telah berbohong 2 kali di dalam satu isu besar di dalam Pulau Pinang ini. Beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang tetapi beliau sudah ditangkap berbohong kepada rakyat Pulau Pinang. Tetapi beliau tidak pernah meminta maaf malah cuba menutup pembohongan beliau dengan menyalahkan pihak lain.

Sikap berbohong dan tidak mahu mengaku salah sepatutnya telah membuka mata seluruh rakyat Pulau Pinang untuk memberontak dan memaksa Lim Guan Eng meninggalkan kerusi empuk beliau itu dan pulang ke Melaka.

Rakyat Pulau Pinang tidak mahu KM yang berbohong di depan mata kita dan beliau terlepas tanpa sebarang rasa bersalah dan mahu meminta maaf. Inilah barisan kepimpinan DAP yang berlagak pandai tapi merekalah yang paling busuk sekali di dalam politik negara ini.


Pembohongan Guan Eng tentang sumbangan Kelab Lumba Kuda (PTC) Pulau Pinang sebenarnya mendatangkan banyak keraguan tentang hubungan Guan Eng dengan Kelab tersebut.

Ahli-ahli PTC pernah meluluskan penjualan tanah kelab tersebut ini dan dipindahkan ke arena balap baru di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Daripada 490 ahli biasa Kelab itu, 383 ahli atau 78 peratus, telah menyokong cadangan jawatankuasa PTC untuk menjual kelab di jalan Batu Gantong kepada pemaju Abad Naluri Sdn Bhd dengan harga RM488mil

Dan sebagai ganti, pemaju Abda Naluri akan menggunakan 120 hektar di Batu Kawan untuk membina kelab lumba kuda baru PTC dan bangunan dengan anggaran kos RM375mil.

Majoriti ahli juga bersetuju dengan nilai RM20,000 untuk setiap mereka sebagai pampasan. MIM juga difahamkan bahawa Kelab baru akan mempunyai pusat pameran, restoran dan taman rekreasi sebagai sebahagian daripada kewajipan sosial.


Akan tetapi pertukaran parti di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengubah segalanya. Lim Guan Eng membatalkan projek mega tersebut. Ironinya, Lim Guan Eng boleh pula membatalkan projek yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelum beliau.

Tetapi apabila isu Kampung Pala, Kampung Asam dan Kampung Tanjung Tokong timbul, Lim Guan Eng memberi alasan beliau tidak berkuasa untuk mengubah keputusan lama. Beliau juga memberi alasan yang sama apabila pembangunan tahap 3 dan 4 di lereng bukit Tanjung Bungah di teruskan dan pembangunan di sana sungguh menggerunkan! Hipokrit sungguh Lim Guan Eng ni!

Malah apabila portal business melaporkan pertukaran status tanah PTC dari tanah rekreasi kepada kepada tanah pembangunan bercampur, PTC telah memohon kepada Lim Guan Eng supaya nilai cukai tanah dikekalkan. Tetapi Lim Guan Eng telah menolak permohonan mereka begitu sahaja.

Pastinya, profitable organization seperti PTC akan merungut dan tidak berpuas hati dengan Lim Guan Eng dan konflik mungkin terjadi.


Lebih memburukkan lagi keadaan ialah Lim Guan Eng menuntut PTC supaya membayar cukai tanah tahun 2008, 2009 dan 2010 sekaligus menggunakan nilai cukai tanah yang baru (daripada RM 0.54 kaki persegi kepada RM 2.58 kaki persegi). Dek kenaikan tersebut, PTC terpaksa membayar RM2.37 juta setahun !

Konflik di antara Lim Guan Eng dan PTC pastinya mengundang persoalan, kenapakah PTC sanggup 'menyumbang RM2 juta' kepada kerajaan Lim Guan Eng padahal PTC terpaksa mencari lebih daripada RM6 juta untuk melangsai cukai tertunggak.

Rasionalnya, adalah lebih praktikal jika PTC menggunakan RM2 juta itu untuk membayar salah satu daripada cukai tahunan tersebut.

Lim Guan Eng gagal menunjukkan dokumen atau bukti pemberian baki RM1.5 juta 'sumbangan' daripada PTC. MIM difahamkan Lim Guan Eng tidak mahu mendedahkannya dengan alasan yang kena mengena dengan akaun negeri.

Tetapi terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa terdapat jawatankuasa PTC yang akan mendedahkan dokumen RM1.5 juta + RM500,000 yang disimpan oleh PTC. Dan pendedahan itu dikatakan akan menggoncang Lim Guan Eng sekali lagi !

Betul atau tidak ?

Adalah lebih baik jika Lim Guan Eng menceritakan dulu perkara sepenuhnya mengenai wang PTC sebelum ada pihak yang akan memalukan beliau sekali lagi!!
Friday, October 08, 2010
Saksikan Video !! : Tun Dr Mahathir Sihat & Pulang Ke Malaysia!
0 komentar
Labels: Dr Mahathir
Oleh MIM TEAM

MIM sempat merakam sedikit video kepulangan Tun Dr Mahathir ke Malaysia. Video ini diambil di dalam Berita TV3.

No comments:

Post a Comment